Thursday, August 27, 2009
rambut terbaru amsyar...
trus mms gambar terbaru Amysar kt cik hubby kt labuan... cik hubby ckp Amsyar dah x hensem... huhuhu...
Wednesday, August 26, 2009
Hidup baru saya di usia 26 thn....
i've got something special from my hsbd... hehehe... tepat kol 12, cik hubby kejutkan sy wish hepi birthday n bg hadiah wif kek secret recipe yg sgt sedap.. yummy... tq dear...mmuuahh.. dlm keadaan mengantok2 tu sy buka hadiah n mkn kek... pas2 trus p dapur siapkan bahan nk masak utk sahur... trus segar bijik mata ni... ssh nk tido blk.... nsbla Amsyar lena dibuai mimpi..
dlm usia 26, sy dah mengecapi apa yg saya inginkan... saya mempunyai suami yg very understanding n seorang baby yg sgt comel.. :) ya.. satu transformasi yang besar telah berlaku kepada diri saya yang tidak membolehkan saya untuk menoleh ke belakang lagi.... hari yang saya lalui penuh dengan keriangan melihat karenah sang suami dan keletah si kecil yang sentiasa berada dalam dakapan. saya seolah-olah telah meneroka satu rahsia di seluruh alam. hidup saya kini lebih tertumpu pada si kecil...
kini, saya akan lebih memahami perasaan seorang ibu yang tak sanggup melihat anaknya berada dalam kedaan kesakitan atau kesusahan.. pastinya perasaan risau tidak keruan jika anak tidak sihat... saya pastikan akan berikan yg terbaik utk amsyar... saya kini melakukan perkara yang serupa sebagaimana mama saya lakukan dan yang paling penting sekali, saya kini lebih memahami akan perasaan mama saya sendiri.
jika keutamaan saya dapat digambarkan dalam bentuk piramid, pastinya anak dan keperluannya terletak di bahagian puncak piramid... lain-lain perkara yg bersangkutan dengan suami, kerjaya saya terletak dibahagian bawahnya.... begitu juga dengan kebersihan rumah pastinya di bahagian plg dasar... manakala kebersihan diri, aktiviti sosial berada di tgh2...
Inila bentuk hidup saya yang baru di usia 26 thn...
p/s : saya belikan sesuatu utk diri sendiri... hehehe.. "maxis broadband modem".. kini melayari internet sangat mudah bg saya... hahaha.... leh trus berblogging...
Monday, August 24, 2009
amsyar n mama...
Friday, August 21, 2009
salam ramadhan...
thn ni thn ke 2 sy berpuasa bersama suami tercinta... jika thn lps, sy berpuasa dlm keadaan diri berbdn dua.... thn ni, sy akan berpuasa bersama si kecik Amsyar... mgkn thn ni sy x berkesempatan utk menunaikn solat tarawikh di masjid namun sy berharap dpt melaksanakannya di rumah...
sejak minggu lps, kami sekeluarga telah pulang ke rumah kami... at last, dpt gak bwk amsyar blk umh... Alhamdulillah, amsyar sgt senang di jaga dan lgsg x meragam...
setiap pg dlm pukul 6.40pg, sy akan kuar dr rumah utk mghntr Amsyar ke umh opahnya.. dlm kol 7.10pg sampai then sy trus ke sek.. stakat ni Amsyar x de mslh nk duduk dlm car seat dia...
after blk sek, sy lepak2 di rumah opah.. after mandikan amsyar dlm kol 5 ptg, sy plg ke rumah..
bila sampai di rmh, tentula keadaan sy sgtla kelam kabut... hahahaha.... mana nk lyn anak, mana nk msk.... tp makin lama sy dh makin cekap yer...(puji diri sket)... pukul 10 lbh je Amsyar tido n bgn blk dlm kol 5 pg... hahaha... mama n ayah die sgt senang skali sbb x yah jaga mlm... huhuhu...
p/s : amsyar dh pandai golek2 n main komputer tau... abis keyboard mama die kene cungkil oleh amsyar... aaarrggghhh..........
Friday, August 7, 2009
amsyar meniarap....
video 1st time amsyar meniarap.... (tetibe je...).. ape lg trus capai hset n amik video die... hehehe.. dh meniarap nk ke dpn plak... sabo yer amsyar... awak 2 kecik lg...
Tuesday, August 4, 2009
Part 2 :Artikel: 25 Rangsangan Mudah Utk Anak Yg Lebih Bijak!
26-BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka. (mmg je slalu wt muka lawak kt amsyar sampai die gelak...)
27-RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut. (done...)
28-CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok. (pasni, bile amsyar nak tido, mama bckan bed time story utk amsyar ek...)
29-BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya. (betul 2, amsyar ske sgt...)
30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna. (ni belum lg....)
31-GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina. (hahaha, slalu menari ngan amsyar bile dokong die.... mcm psgn yg romantik gitu..)
32-JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya. (cepatla amsyar merangkak ek...)
33-KIRA SEMUANYA
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda. (ni belum maaa..)
34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?"). (hehehe... kecik lg amsyar...)
35-TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya. (mama sentiasa akan berinteraksi ngan amsyar... jgn risau yer sayang... balik je sek, mama akan ngadap amsyar je...)
36-TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan. (lum.. lum..lum)
37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya). (x sabar nak main ngan amsyar)
38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya. (dari lahir dah ade video utk die, bile tayang balik kt die, mesti tgk ngan kusyuk dengan mata bulat die... (mesti die pelik tgk ader satu lg amsyar dlm video 2))
39-MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.
40-MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.
41-BERGURAU-SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.
42-MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.
43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
44-HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
46-PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan. (nak wt mini library kt umah)
47-CONTOHI CARA SESAME STREET
48-MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
49-MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.
50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti. (sentiasa peluk amsyar n ckp i love u kt die tiap masa..)
yg ni byk yg saya x wat lg sbb amsyar kecik lg... tp sy akan wt semuanya utk amsyar...
Artikel: 25 Rangsangan Mudah Utk Anak Yg Lebih Bijak!
***********************************************************************************
1. BERTENTANG MATA. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya. (passed - since dia lahir)
2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi. (passed - since dia lahir)
3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQ nya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.(yang ni sy failed la... sebulan je tahan)
4. JELIRKAN LIDAH. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia. (x test lg kt amsyar.. pasni leh try)
5. HASILKAN BUKU BINATANG. Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk di albumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan. (pergi zoo belum pernah, tapi belikan amsyar buku2 binatang.. then bckan utk dia n wat bunyi binatang 2.. (bestnyer jadik cikgu, i've a lot time wif my son) )
6. GELETEKLAH BAYI ANDA. Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.(yup, passed jugak. Setiap hari Amsyar kena geletek. Selalu time urut die, mesti geli2 die..shomell)
7. TUNJUKKAN PERBEZAAN. Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak. (yang ni blum lg..)
8. BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu” atau “Besarkan pokok ni!” atau “Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata. (passed jugak, sambil dokong amsyar, smbl tnjk mcm2 benda keliling dia..)
9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik. (yess! passed jugak, amsyar balik suka bile nyanyi lagu "if you happy n u know"..... dan die plg ske bile time part nk step ur feet.. mesti terkekek2 gelak..)
10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin. (yup, passed lagi..:) selalu bgtau dia bhg2 badan especially time tukar baju @ lampin)
11. SENTUH DAN RASA. Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya. (passed, belikan buku Lamaze utk die.. dalam tu mcm2 benda die leh sentuh n rasa.. )
12. PERGI MEMBELI-BELAH. Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi. (skang ni kecik lg so jrg bwk kuar sgt.. lg2 tgh byk kes H1N1.. eee tktla..)
13. BERI KATA KUNCI. Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat. (blum pass lg)
14. BERI KEJUTAN. Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya. (passed, amsyar sukeee sgt..)
15. SEDIAKAN BANYAK TISU. Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari. (ni tgg amsyar besar dulu br kiter main2 k)
16. BACA BUKU. Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa. (passed - mmg slalu bckan buku utk die... then, saya belikan set grolier utk die... hope amsyar will like it..)
17. MAIN CAK-CAK. Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali. (blum lg... )
18. JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda. (tgg amsyar dh pandai nk bergerak dulu..)
19. MAIN DENGAN WARNA. Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya (ni pun lum buat, bila tiba waktu yg sesuai dengan umurnya, definately will do this activities).
20. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.(blum mkn lg.. amsyar minum cucu jek..)
21. ANGKATKAN SAHAJA. Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri. (blum... blum... blummm)
22. BIAR DIA MEMBEBEL. Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat. (padanlah dia selalu nak ikut apa kita cakap!Mamanya pun kuat melayan ..heheheh)
23. LATIHAN MENEKA. Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya. (blum jgk)
24. BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.(cptla amsyar merangkak, leh main khemah2 ngan amsyar..)
25. IKUT RENTAKNYA. Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa. (done. Both of us is having fun together!!)
Wah, nampaknya most of the activities memang sy dah lakukan. Alhamdulillah, so, u all camne?? yg blum ade anak pn, leh amik ni sbg panduan for ur future nanti..
ogos.. ogos.. ogos
3 ogos - Amsyar genap 3 bulan (hepi birthday sayang..)
- Pulangnyer ke Rahmatullah..... nenda Hjh Fatimah Bt Hj Mohd Salleh..
4 ogos - genap 5 thn pemergian ayahanda tercinta Allahyarham Hj Amiruddin Bin Hj. Hashim..
Semoga roh2 mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman .... Al- Fatihah
