Kepentingan membaca awal“Budak 4 tahun boleh membaca? Hairan. Macamana pulak tu?” Itulah yang ibu saya katakan apabila membaca akhbar pada tahun 70-an dahulu yang telah menceritakan bagaimana seorang kanak-kanak lelaki telah dapat membaca surat khabar pada usia 4 tahun. Heboh juga satu negara dibuatnya sambil berbangga dengan pencapaiannya. Saya masih
teringat lagi pada masa itu saya baru bersekolah dan baru pandai sikit-sikit mengeja apabila
membaca. Dapat membaca awal pada usia yang muda pada masa itu masih ‘taboo’ dalam
masyarakat kita. Sehingga 30 tahun kemudiannya, keinginan untuk melihat anak-anak dapat membaca sblm bersekolah rendah masih tersangat kurang. Takut nanti bila bersekolah tak nak belajarlah,
boringlah, sebab dah pandai dan macam-macam alasan lain.
Tetapi hari ini, membaca merupakan antara kemahiran asas yang paling penting yang harus
dikuasai oleh anak-anak pada usia muda. Jelas pada hari ini, perkembangan dalam dunia
pendidikan dan ilmu sangat berbeza. Kalau 30 tahun dulu kanak-kanak pada usia 5 dan
6 tahun masih leka dengan permainan anak patung dan aktiviti mengailnya, hari ini tidak
lagi begitu. Kalau dulu ibubapa berpuas hatia nak dapat membaca apabila telah memasuki
darjah 2 dan 3, kini tidak lagi mampu senyumsendiri.Segalanya berubah sekarang. Cabaran
dan perkembangan dunia ilmu sekarang semakin mencabar dan ‘demanding’. Oleh itu
ibu bapa harus sedar bahawa menyediakananak-anak dengan kemahiranyang asas yang
sesuai untuk menghadapi zaman mereka sangatpenting. Dan salah satu kemahiran asas
tersebut ialah membaca.
‘Literasi bukanlah satu anugerah, tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak’. Begitulah bunyi
ungkapanyang sering disebut di mana-mana kursus membaca. Membaca dan menulis
bukanlah lahir bersama. lahirnya anak-anak adam ini. Tidak ada bayi yang baru lahir dapat
membaca apatah lagi menulis. Tetapi ia merupakan satu hak yang harus ditunaikan oleh ibu
bapanya. Lihat sajalah apa jadi kepada remajayang tidak dapat membaca dan menulis pada
hari ini. Walaupun tidak semuanya, tetapi antara salah satupunca kegagalan dan keruntuhan
akhlak mereka berpunca daripada kegagalan membaca dan menulis.
Oleh itu ibu bapanya orang pertama yang harus dipersalahkan. Apa tidaknya. Ada seorang
ibu baru menyedari anaknya yang berusia 14 tahun tidak dapat membaca! Selepas 8 tahun
bersekolah, hari inibaru menyedarinya. Jadi apakah ini salah dirinya atau kurang prihatinnya
seorang ibu atau bapa kepada anaknya? Sebagai memenuhi tanggungjawab ini wajarlah ibu
bapa hari ini mengajar anak-anaknyamembaca pada usia awal lagi.
Bagaimana caranya?
1. Tanam minat membaca sejak lahir lagi melalui:1.1. Penggunaan bahasa yang baikAnak-anak yang baru lahir memang lumrahnya mula melihat sekelilingnya dengan
penuh minat.Antara perkara utama yang dipelajarinya ialah bahasa dan ucapan
orang-orang di sekelilingnya.Oleh itu ibu bapa haruslah bercakap dengan anak-anak
mereka! Dalam satu kajian yang dibuat diKuala Lumpur beberapa tahun yang lalu,
ibu bapa di KL hanya bercakap dengan anak-anakmereka selama 7 minit seminggu!
Bayangkan. Oleh sebab itulah kanak-kanak yang lambat dapatbercakap berpunca,
di antaranya, daripada kurangnya komunikasi di antara ibu bapa dengan mereka pada
usia kecil. Kesannya, anak-anak ini akan belajar berbahasa dengan bahasa rakan mereka
atau bahasa yang dipertontonkan melalui program-program TV yang berupa karton dan
sebagainya. Bahasa rojak ini tidak membantu membina kemahiran berbahasa mereka dan
akan menyebabkan mereka kurang keyakinan apabila berbahasa atau apabila belajar
membaca nanti. Oleh itu bercakaplah dengan anak-anak menggunakan bahasa yang baik,
jelas dan santun.
1.2. BerceritaKanak-kanak sangat sukakan cerita. Mendengar cerita adalah antara aktiviti di rumah
yang dapat menanam minat kepada buku. Saya masih teringat bagaimana seorang nenek
membacakan sebuah buku cerita kepada cucunya yang baru berusia 6 bulan di atas keretapi
bawah tanah di Toronto. Walaupun anak kecil itu masih belum dapat duduk dengan baik,
dia sudah dibacakan buku cerita. Kanak-kanak seawal usia 12 tahun,apabila mereka mula
memahami bahasa dan dapat bercakap, mula meminati aktiviti bercerita.
Melalui aktiviti bercerita secara lisan, sebelum tidur terutamanya, sehingga membaca
buku-bukucerita bergambar, minat membaca anak-anak dapat dipupuk. Mulalah dengan
bercerita menggunakan buku-buku cerita yang cantik dan menarik lukisannya. Sambil
bercerita, pastikan jari kita menunjuk kepada tulisan yang dibacawalaupun mata anak kita
hanya melekat pada gambar-gambar di buku. Satu hari nanti dia akan sedar bahawa tulisan
pada buku cerita itu sangat penting dalam menceritakan gambar yang dilihatnya. Melalui
bercerita jugalah minat untuk membaca dapat dipupuk. Oleh itu tidak hairanlah kanak-kanak
yg dirangsang dengan baik mempunyai minat untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun lagi.
2. Memberi rangsangan yang sesuai2.1. Bermain permainan yang mendidikIbu bapa yang penyayang sering membelikan bermacam-macam permainan kepada
anak-anakmereka. Bagaimanapun, tidak ramai yang membelikan anak-anak mereka
permainan-permainan yang sesuai dan membina kematangan berfikir dan psikomotor
mereka. Biasanya , pistol dan senapang sahaja yang dibelikan kepada anak lelakinya
ataupun anak patung sahaja yang dihadiahkan kepada anak perempuannya. Jarang
sekali ibu bapa yang prihatin membeli permainan yangmerangsang minda atau permainan
yang melatih koordinasi mata dan tangannya. Sebenarnyapermainan seperti Lasy, lego,
atau permainan membina blok sangat penting untuk melatih koordinasi mata tangan dan
melatih memberi tumpuan. Bahkan bermain sambut bola atau menangkap bola yang sedang
bergerak juga amat berguna. Dua kemahiran ini, koordinasi mata-tangan dan memberi
tumpuan, sangat berguna apabila anak kecil anda belajar membaca nanti.
2.2. Mewujudkan budaya membaca di rumahBudaya yang baik di rumah sebenarnya dapat merangsang minat membaca. Pastikan setiap ahlikeluarga mempunyai masa untuk membaca bersama, selain membaca al-Quran, supaya anak kecilanda dapat menghayati suasana tersebut. Ada sesetengah keluarga mewujudkan perpustakaan mini di rumah di mana-mana sudut tertentu. Selain membaca surat khabar , majalah dan buku-buku, ibu bapa haruslah bercerita dan berbual mengenai apa yang dibaca atau dilihatnya. Ini akan menarik minat anak-anak untuk mengetahui apa yang berlaku dan secara tidak langsung menimbulkan perasaan ingin membaca apa yang ditulis mengenai gambar atau tajuk berita.
Bersama Othman Ahamad
Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy


Situasi ni la yg berlaku di sekolah saya.. berapa ramai murid tak boleh membaca
wpun sudah darjah 6..saya sndiri berpengalaman mengajar murid seperti ini.. setahun
saya cuba mengajar dia mengenal"satu, dua, tiga..." ketika itu dia berusia 11 tahun
(yer.. darjah 5).. dia berpindah ke sek saya ketika itu..huruf dan nomborjugak x kenal
apatah lagi nak menulis nama sndiri.. sangat kesian.. bagi sy ni bukan salah dia, tp mungkin
kurang perhatian ibu bapa sejak kecik menjadikan dia begitu... kini dia sudah melangkah
ke sek menengah,sy doakan yg terbaik sahaja utk dia...
kini sy sedar bahawa mengajar anak sekecil amsyar lebih mudah daripada itu.. mereka yg
sekecil inilebih mudah menerima segala input yg diberi.. benarla kata org, kita sbg ibu bapa la
yg mencorakkanmasa depan anak2.. sbb itula seboleh2nyer saya mahukan anak2 yg suka
membaca...saya suka bilaamsyar amik bukudan baca sndiri.. mmg kelakar tgk aksi dia
membaca wpun satu patah pn x paham dia ckp apa..
" SAYA ADALAH GURU TERBAIK BAGI ANAK SAYA"
|