Thursday, November 26, 2009

Puding roti marble...

huhuhu.... cuti sekolah yeahh.... sempena cuti sek ni, azam sy adalah utk mencuba pelbagai resepi br... ahaks... semalam dh berjaya wt puding roti (tq pn emi atas bantuan anda... hehehe)... resepi ni sy dpt dr my kazen nun di jepun.. tumpang letak resepinyer kt sini ek....

Bahan-bahan ( satu loyang )

3 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
7gram agar2 tali
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air

2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara

  • Didihkan 2 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. Bila agar2 da larut masukkan lagi 1cwn air.
  • Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  • Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  • Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  • Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk @membeku.
  • Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dimakan ketika sejuk!


tp cam susu cair tu, sy x sukat pn.. main belasah je letakkk....

hasilnyerrr....



wpun x bape jdk marble nyer tp rasenyerrr sedapppp.... sambil dokong amsyar tau wt ni... lenguh giler tgn.... selamat mencuba yerr...

No comments:

Post a Comment